Tuesday, April 5, 2011

Tulisan Keturunan

Minggu lepas saya ke rumah adik saya selepas digesa oleh Alya, "bila Maklong nak datang ni?". Budak bertuah ni memang pantang orang cakap nak datang. Dituntutnya setiap jam. Kalau dia dah tak telefon tu maknanya dia dah boring nak dengar jawapan, "kejap lagi".

Bila saya sampai di sana, jarang saya dapat duduk diam. Macam-macam ditanyanya. Dia pantang saya duduk diam sorang-sorang mengadap komputer dalam bilik terutamanya. Mesti dia mengendeng sebelah saya, "dah ke Maklong?". Jawapan saya tetap, "belum". Saja nak bagi dia bengang hehehe. Dia akan naik balik atas katil, sambung baca buku. Entah buku apa yang dia baca. Masa hari saya datang tu, saya rasa dia buat kerja sekolah dia.

Tak lama selepas tu, papa dia masuk. Papa dia usik-usik dia. Gurau-gurau dengan dia. Papa dia tanya dia buat apa. Dia cakap buat kerja sekolah. Papa dia cakap, kenapa tulisan macam ni? Tulis la cantik-cantik.

Nak tahu apa dia jawab?

“Nak buat macam mana? Dah keturunan”.

Memang saya gelak besar sebab tulisan papa dia, dari kecil sampai besar, tak pernah elok(!)

2 comments:

Lan Bingka said...

hahaha..pasrah

eL said...

Lan: papa dia terdiam. dah malu la tu.