Friday, April 8, 2011

Alma Mater

Saya tak pernah terfikir akan ke sini lagi. Bila Pak Teh saya bagitahu saya yang dia sekarang adalah Guru Besar sekolah ini, masih belum terbayang saya akan ke sini semula. Tahun lepas saya tidak berkesempatan ke sini bila Pak Teh buat majlis berbuka puasa untuk sekolah dia.

Saya percaya kepada rezeki Allah. Lambat laun saya akan kembali. Allah Maha Mendengar. Pak Teh ajak saya singgah ke sekolahnya suatu pagi sebelum kami meneruskan perjalanan balik kampung. Katanya ada kerja yang belum lunas dan hari itu adalah hari terakhir untuk menghantar dokumen sekolah secara online.

Tak ada siapa saya nak kongsi betapa sukanya saya dapat menjejakkan kaki ke sini semula. Semuanya, diulangi, semuanya berubah 99%(!). Dengan langkah yang Tuhan je yang tahu betapa berombaknya dada saya, saya mengimbau semula kenangan di sekolah ini. Saya membayangkan keadaan sekolah ini dahulu dan sekarang. Kepala saya ligat memikirkan di manakah tempat ini dan tempat itu suatu ketika dulu. Saya bersekolah di sini dari darjah 1 hingga darjah 4. Ketika saya berada di darjah 4, bulan 4, saya dilantik menjadi pengawas, ketika itulah ibu bapa saya berpindah di tempat yang kami diam sekarang.  

Gambar sangat banyak. Tapi yang ini saja yang mahu saya kongsikan.

Dulu tidak ada kelas pra-sekolah. Sekarang dah ada. Untuk guru-guru agaknya. Takkanlah untuk murid-murid pulak kan?

Dulu kantin ini berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Sekarang ia berada di bahagian bawah bangunan lama.

Dulu sekolah ini tidak ada surau. Sekarang surau ni sebesar-besar alam saya rasakan. Pejabat saya pun tak ada surau secantik ini.

Kelihatan ada beberapa orang murid sedang belajar errr...tak tau lah apa...tae kwan do kot.

Dulu sekolah ini tidak ada taman. Kering kontang. Yang ada hanyalah kebun sayur di belakang kelas saya yang hanya bangunan setingkat.

Dulu tidak pernah ada papan kenyataan yang berwarna-warni macam ni.


Dulu perpustakaan berada di tingkat 3 bangunan lama. Sekarang ia berada di tingkat 1 bangunan baru.

Dulu meja yang kami gunakan berwarna merah. Sekarang...macam masih buruk je hehehe...

Dulu kantin ni tak sebesar ini. Dulu kantin adalah bangunan setingkat yang berasingan dari bilik darjah. Saya masih ingat, ketika darjah 1, waktu rehat, saya ke kantin beli nasi lemak. Dulu telur dalam nasi lemak adalah telur dadar yang dihiris halus-halus. Dalam pinggan kecik, warna oren. Kantin kecil. Tak ada tempat duduk. Saya duduk berdekatan dengan kaunter membeli, ada pangkin kosong kat situ. Tiba-tiba datang sebelah saya seorang budak lelaki. Saya tak kenal. Dia duduk sebelah saya dan ambil telur dadar saya. Nak menangis saya rasa. Itu je la yang saya ada, dia pergi ambik pulak. Dah la sikit. Budak-budak, telur goreng adalah makanan kegemaran. Saya la tu hiksss....

Dulu tempat parkir kereta guru ini adalah tarmac. Ada tiang bendera dan padang rumput yang tak berapa luas. Ada beberapa pokok pain kat sini. Saya sempat bermain kejar-kejar dengan kawan kat sini. Terasa macam Winter Sonata pulak.

Dulu pintu masuk ini tidak seluas dan sepanjang ini. Dari pintu masuk, sebelah kanan adalah kantin. Sebelah kiri kelas saya. Di tepi kelas saya ada pohon kemboja. Di bawah pohon kemboja itulah saya main getah terlompat-lompat dengan kawan baik saya. Saya masih ingat namanya Azimah. Entah di mana la dia agaknya sekarang. Kami terputus hubungan selepas saya berpindah. Di belakang kelas saya kebun sayur budak-budak darjah 6.

 Dulu sekolah ni hanya ada 1 bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan setingkat. Sekarang ni ada 3 bangunan 3 tingkat. Dulu di sebelah sekolah ni ada padang yang besar. Setiap hari saya pergi dan balik lalu padang tu. Sekarang padang tu adalah sekolah menengah. Jalan lama ke rumah saya pun saya dah tak kenal. Berubah 100%.


 Ini pemandangan dari tingkat 1 landskap berdekatan pintu masuk. Dulu kawasan inilah bangunan setingkat kelas saya, dibelakangnya kebun dan di tepinya pohon kemboja. Sekarang lenyap sama sekali. Pohon kemboja tak mungkin saya jumpa lagi.

Dulu tidak ada shades sebegini. Sekolah ini kering kontang dan memang tidak ada tempat nak duduk untuk melepak atau mengulangkaji. Memang betul-betul sekolah je.

Guess what? Kami tak jadi balik kampung hari tu sebab sistem online yang sepatutnya Pak Teh kena endorse mengalami masalah teknikal sedangkan dia kena endorse hari itu juga. Biasalah, dah sampai tarikh akhir, semua orang nak hantar online. Jem lah sistem tu. Tapi berbaloi. Akhirnya doa saya termakbul untuk kembali semula ke sekolah ini. Alhamdulillah. Guru penolong kanan sekolah tu terperanjat melihat saya sebab ada bekas murid sekolah ini yang masih "hidup" dan "gebu".

No comments: