Tuesday, April 12, 2011

Baitul Ehsan Taman Maluri

Aktiviti ni diaturkan oleh Srikandi, Alumni Sekolah Tun Fatimah. Saya menumpang je. Paginya taklimat dari Syarifah Mazlina. Petangnya taklimat kebersihan dari seorang doktor perubatan. 

Saya sampai, taklimat Syarifah Mazlina dah bermula. Seronok dengar dia bercerita. Kelakar jugak dia ni. Abaikan cerita-cerita yang kita dengar pasal title dia tu ye :-)

Taklimat dah habis. Syarifah Mazlina tengah tandatangan dan mengagihkan poskad pada anak-anak yatim ni. Dia suruh simpan poskad tu sebab limited edition.
Anak-anak lelaki bergambar dengan poskad Syarifah Mazlina. Yang berbaju melayu hijau tu kembar.

Anak-anak perempuan dan Ummi pulak bergambar dengan Syarifah Mazlina. Saya terperanjat bila saya perhatikan ada di antara anak-anak ini yang lengan bajunya disambung dengan kain lain. Kain tu pulak memang saya pernah nampak dan ada kat rumah saya sekarang. Kain tu adalah bekas tisu yang Haiza buat sendiri untuk dijadikan buah tangan masa kenduri kahwin dia tahun lepas. Kesian saya tengok.

Masa makan. Lepas diorang makan, ada hamba Allah yang bermurah hari bagi nasi dan lauk-pauk. Lauk-pauk yang ni pun banyak yang tak habis.

Baik je diorang ni. Lepas makan diorang disuruh bercakap sorang-sorang tentang apa saja. Srikandi nak tengok diorang boleh berkomunikasi atau tidak. Saya tak boleh layan sangat perasaan masa kat sini. 3 kali jugak airmata saya bergenang.

Si comel Izzah bersama nasi dan airnya :-)

2 comments:

nohas said...

Memang kesian tengok anak2 yatim ni, kecik-kecik lagi dah urus diri sendiri....

cantik blog..wah jealous ni..hehe..

eL said...

Nohas: Comel-comel pulak tu. Yang kembar tu, mak dia bersalin kat rumah tu tapi dia tinggalkan kat situ.

Blog simple je. Ingatkan nak biar kosong. Tapi sesekali nak jugak sedap mata memandang hehehe. Nak cantik-cantik sangat pun, bukan selalu update. Malu kat orang :-)