Thursday, April 7, 2011

Lagi Alligator Clips


Hehehe...tak tau macam mana nak cakap betapa addictednya buat benda-benda ni. Modalnya jangan cakaplah. Dah banyak. Jual pun banyak. Malah tak balik modal pun. Tapi sebab suka buat, tak kisah. Ada yang dah buat, main bagi je kat orang. Bagi orang pun banyak. Mungkin itu cara Dia suruh membersihkan rezeki yang saya dapat.

Yang ni saya dapat idea dari adik saya. Dia beli kat kedai. Dia kata kat kedai tak boleh beli satu. Kena beli dua. Masa dia datang rumah saya dia pakai satu. Saya mintak kat dia yang dia pakai tu untuk jadikan sample. Habis saya bukak sample tu nak tengok macam mana teknik buatannya. Mula-mula buat memang give-up. Nak menangis pun ada. Sebab geram punya pasal, buat jugak sampai jadi. Jadi tak senonoh ada la LOL.


Yang ni saya buat malam hari selepas Zita datang rumah saya siangnya. Terus dapat idea nak buat design ni guna alligator clip. Buat benda ni perlu minat yang sangat kuat. Tak buat 2 hari, mula la menggeletar. Mula la kepala ligat fikir design baru. Teruk sungguh. Kalaulah tak beramal sehari, menggeletar baru la betul. Terbalik sungguh. Sekarang masa untuk tumpukan membaca buku-buku, tapi buat benda ni punya pasal, sentuh buku pun sikit-sikit je.

Ni untuk budak-budak. Suka tengok diorang pakai. Cantik dan comel. Hanya boleh pakai masa diorang kecil masih belum bertudung. Kalau dah bertudung, pakai kat rumah. Yang tukang buat pun sesekali teringin nak pakai tapi kat rumah je.

No comments: