Wednesday, December 15, 2010

Penyakit Ke Ni?

Saya mempunyai masalah - dengar lain, tulis lain. Apa nama saintifik penyakit ni eh? Ni namanya penyakit ke atau memang dah nyanyuk? Nyanyuk tu penyakit ke?

Hahahaha!!! Saya tak tahu jawapan kepada semua soalan tu.

Semalam Juliana bagi saya nombor akaun untuk masukkan duit jualan BMW. Dia bagi nombor 289179. Saya tulis 289176. Bukan setakat salah tulis nombor. Salah tulis bentuk nombor pun ye jugak. Dari nombor 9 TERtulis nombor 6. Nombor ni, kalau kita salah tulis satu nombor pun ia akan mengubah segala-galanya. Kalau nombor tu tak wujud tak apa. Contoh, nombor akaun. Buatnya wujud, tak pasal je transfer duit ke akaun orang lain. Orang sebelah sana senyum sebab dapat duit percuma, orang sebelah sini meraung hilang duit.

Kalau saya salin nombor akaun, berkali-kali saya periksa sama ada betul atau tak. Nombor telefon pun macam tu.

Dah lama saya perhati "penyakit/masalah" saya ni. Memang tak ada ubat kecuali fokus. Agaknyalah.

2 comments:

Lan Bingka said...

sila fokus..lupakan sekejap quilling dan sebagainya..;)

eL said...

Lan: Hahahaha!!! Tergelak saya. Amboiiii...tu belum tengok lagi hobi baru saya yang lain. Nanti kalau saya tak malu nak tunjuk, saya upload gambar kat sini.