Tuesday, December 21, 2010

Kak Limah Taknak Balik Rumah

Saya lupa nama program tv yang berunsur mistik kat TV3 tu. Ala.....yang bila nak habis je program tu, pengacara dia akan cakap "jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri" tu. Lepas tu, dulu ada prgram Seekers pulak kan? Saya lupa la Seekers tu sebelum atau selepas program misteri kat TV3 tu. Yang kat TV3 tu selalu saya tengok. Seekers tu saya tak pernah tengok. Saya teringin nak tengok tapi selalu tak dapat. Dah bertahun-tahun lamanya nak tengok.

Dua tiga minggu lepas saya dapat tengok Seekeers kat NTV7. Entah musim bila punya. Yang buat bertambah teringin nak tengok bila baca suratkhabar baru-baru ni pasal bos Seekers ni kena saman dengan saya mantan permaisuri Selangor. Tak tau la bos tu adalah bos orang-orang yang dalam program Seekers yang saya tengok tu ke tak. Dah tengok program tu, saya terfikir, untuk apa diorang berusaha CARI makhluk Allah yang tak nampak tu eh? Apa tujuannya mencabar benda-benda tu suruh jatuhkan botol la, itu la, ini la. Itu belum masuk lagi apa yang dalam kepala ni bercakap. Tu la pertama kali tengok Seekers. Rasanya tak nak tengok lagi huhuhu......

Sebabnya?

Satu petang. Macam perjalanan balik dari pejabat. Rasanya hari Jumaat sebab dari pakaian saya, macam dress down je. Ofis saya, hari Jumaat adalah happy friday, boleh dress down. Suasana macam kat terowong Aquaria. Memang tiap-tiap hari lalu situ pun nak ke lrt. Nak sampai kat foodcourt Aquaria tu, tiba-tiba nak jalan ke depan terasa berat. Macam ada orang tarik ke belakang. Memang betul. Saya kena tarik terus dibawa ke atas siling depan Aquaria/Coffeebean. Lepas tu saya ditolak balik ke tempat asal di mana saya kena tarik tadi. Lepas tu saya di tarik balik ke atas siling. Dua kali saya kena macam tu, saya rasa mungkin saya akan dihempas ke bawah. Aduhh...mesti sakit badan saya. Saya sedar tapi mata saya tak boleh buka dan saya tak berdaya nak lawan. Sangkaan saya meleset. Saya diturunkan perlahan-lahan ke bawah. Ada pulak kawan-kawan saya kat situ. Saya tak kenal tapi mereka dikatakan kawan-kawan saya. Diorang tengok je saya. Diorang kata, itu adalah kejadian normal. Cehhhh!!!! Jantung aku macam nak luruh, korang kata normal.

Tak mahu dah saya tengok apa jugak cerita yang bercorak seram.

Sampai termimpi-mimpi entah apa-apa!!!!!!!!!

3 comments:

Lan Bingka said...

rancangan tv3 tu ialah misteri nusantara.

yg kena saman tu memang uncle seekers yang berlagak bagus tu..

saya tak minat tengok seekers, sebab macam rancangan yang ntah apa2..:)

eL said...

Oh ye, misteri nusantara. Saya ingat nama pengacara dia je. Kenapa eh uncle tu ramai orang tak berapa nak suka dia? Saya tak tahu sangat cerita sebenar walaupun saya ada jugak baca blog dia.

Lan Bingka said...

macam yg saya cakap, dia tu berlagak bagus..baru ada ilmu sikit dah nak riak..

salah satu contohnya..tgk video youtube uncle seekers vs dato' fadhilah kamsah..