Saturday, November 20, 2010

Quilling: Yang Saya Suka

Ia bermula bila saya melakukan ziarah biasa ke blog-blog yang biasa saya ziarah. Tiba di blog Solehah saya tertarik dengan entry kraf yang dia buat. Seingat saya bulan Ogos 2010. Lalu saya mengikuti blog-blog yang buat kraf yang sama. Namanya quilling. Saya tengok dalam You Tube, kata minah saleh tu "it's quilling, not quilting". Rasa minat pulak nak cuba. Saya cuba belajar daripada You Tube dan blog-blog yang dah lama buat quiling ni.

Saya rasa beruntung kerana saya bermula dengan sumber yang cukup dan mudah. Semua peralatan saya beli dengan senang. Saya ada shredder yang saya pinjam. Saya tak perlu potong kertas menggunakan pisau seperti mereka yang mula-mula buat kraf ni. Kalaulah saya kena buat macam mereka, saya tak rasa saya sesabar mereka. Saya kagum dengan mereka kerana mereka bermula daripada proses yang paling asas. Ada di antara mereka yang menggulungkan kertas ini hanya menggunakan jari. Sabar sungguh. Saya tabiklah. Kalaulah saya bermula seperti mereka, membuat kraf quilling ketika masih belajar dan sumber kewangan yang terhad, pasti saya cepat mengalah.

Cuma saya tak ada quilling tool yang penting untuk gulung semua kertas-kertas ni. Saya tak tau nak cari kat mana. Melalui blog-blog yang saya baca, katanya ada dijual di kedai kraf di The Gardens dan di sekitar Lembah Klang tapi saya belum sempat nak cari. Ada blog yang menyarankan menggunakan lidi sate yang diubahsuai sendiri di hujungnya. Itulah quilling stick yang mula-mula saya gunakan sehingga sekarang bagi menghasilkan kraf-kraf kat bawah ni. Sebelum saya bermula, saya sangat tak sabar mnak buat. Sampaikan saya cuba luruskan paper clip untuk menggulung kertas kat shredder kat ofis. Maka terhasillah gulungan teardrop yang pertama. Sangat susah rupanya menggulung dengan paper clip sebab ia licin. Di hujungnya perlu ada ruang untuk memudahkan kertas digulung. Gambar teardrop dan paperclip tu dalam kamera satu lagi. Saya susah nak uploadkan kat sini sebab saiznya besar sangat.  

Kad hari jadi yang pertama yang saya buat untuk Alya ketika saya baru belajar menggulung kertas-kertas ni.

Kad Deepavali pertama yang saya buat untuk Kogi.

Percubaan pertama menggunakan hitam dan putih. Bila dah siap tak tahu nak bagi siapa dan untuk occasion apa. Si Indra cakap untuk Condolence. Alamak, nak ucap condolence kat siapa pulak ni. Kad-kad yang saya buat awal-awal dulu, semuanya rekaannya lebih kurang macam ni. Kertas A4 lipat dua supaya jadi tebal. Punch kat bahagian atas kad bersama-sama dengan kertas warna yang saya suka dan tracing paper. Ikat dengan reben. Hias kelilingnya dengan kertas-kertas yang digulung dan dibentuk. Kad ni jadi sekeping je. Bukan kad yang biasa kita beli tu, yang boleh bukak. Saya bagi kat McNa atas nama persahabatan.
Ada orang ternampak rekaan yang atas tu, dia nak jugak. Saya buat untuk si Maha yang ni. Reben je lain.

Cubaan untuk buat lengkungan-lengkungan yang nampak sangat gagalnya. Ini kad Belated Birthday untuk Indra. Saya ada tambah sikit lagi hiasannya tapi saya lupa nak klik klik.
Bookmark untuk Ayna. Dia nampak saya buat untuk Alya.

Ayna nampak saya buat kad untuk Alya, dia suruh saya buat bookmark untuk kawan-kawan dia yang akan berpisah selepas SPM. Saya dah buat untuk kawan-kawan dia, kat atas tu saya buat lain sikit untuk dia.

Ini untuk kawan-kawan Ayna jugak. Mula-mula dia suruh saya buat 5. Saya dah buat warna coklat tu. Lepas tu dia suruh buat lagi 3. Pening makcik nak cari kad warna coklat. Jadi makcik buat warna biru.

Ayna punya jugak. Dia nampak dalam kamera saya yang saya buat hitam putih tu, dia pun nak jugak. Makcik tak ada reben hitam atau putih, nak bagi dia urgent pulak tu, makcik pun main bantai je letak reben tu.

Ni untuk SY. Dia orang pertama yang saya bagitau tentang quilling. Dan dia jugak orang pertama yang tengok hasil quilling saya. Asyik tunjuk je kat dia, jadi saya buatkan dia satu. Dia kata dia nak suruh saya buatkan tapi dia segan nak mintak. Oh...

Maha punya. Lepas saya dah buatkan dia yang hitam putih tu, dia jadi Belanda. Dah bagi betis nak peha. Dia Suruh saya buat lagi 3 untuk dia.

Ni dia (Maha) punya jugak.

Ni pun dia punya jugak.

Ini kad Thank You untuk Siew Chin, kawan sepejabat McNa sebab telah merealisasikan impian saya bila saya kirim sesuatu daripadanya di Phuket.

Percubaan pertama untuk buat rama-rama. Failed(!). B*ntot rama-rama tu muncungnya sepatutnya ke bawah. Saya tanya kat Indra dia nak tak kalau saya nak bagi dia. Dia kata kalau free dia nak. Tak kisah, saya bagi je. Saya buat bukan untuk jual. Buat masa sekarang.

Percubaan pertama buat bunga Nyuumy (entah betul ke tidak ejaannya) yang saya belajar dari blog quilling Solehah. Ini saya buat untuk Yasmin setelah dia komplen yang bookmark yang pertama saya buat untuk dia tu, besar sangat.

Tak buat untuk sesiapa. Kalau tak silap saya, kad ni masih ada dalam kotak simpanan saya. Belum bagi pada sesiapa.
Indra oder kad ni. Nak bagi pada seseorang. Lelaki katanya. Tak percaya kalau dia kata nak bagi suami dia. Beberapa hari lepas tu dia kata dia tak jadi nak bagi kat seseorang tu tapi dia nak ambik jugak kad ni. Nak sedapkan hati saya la tu. Nak bayar katanya. Dia tanya saya berapa harga. Saya cakap "free". Saya dah cakap, saya tak jual buat masa ni. Lepas ni saya tak mahu buat untuk dia lagi. Serik.

Mulanya saya buat untuk percubaan mainkan warna dan rekaan. Kebetulan birthday Kak Aishah. Saya buat terus untuk dia. Alya tanya saya ambil gambar dalam toilet ke? Tergelak besar saya. Tu bukan marmar toilet la. Tu cutting mat maklong.

Alahhh...gambar ni, kawan dia kat bawah tu. Posisi lain. Percubaan untuk bermain dengan warna.

Ini rama-rama pertama yang saya buat. Sekarang jadi hiasan di atas meja di pejabat saya.

Posisi yang lain.

Rama-rama yang kedua yang saya buat. Percubaan bermain dengan warna. Silap percaturan menyusun atur menyebabkan badan rama-rama nampak lurus je. Patut kena bengkokkan sikit.

Posisi mengereng. Bukan rama-rama tu yang mengereng. Kamera yang kena mengereng hehehe.

Gambar ambik waktu siang.

Gambar ambik waktu siang jugak.

Percubaan bermain dengan warna saduran hitam. Rama-rama yang ketiga yang saya buat.

Mengereng.
Haaaaaa....ni kawan dia yang kat atas tu. Bermain dengan warna jugak. Ternyata kad yang gelap tak berapa sesuai dari pelbagai segi.

Bookmark ni saya buat untuk Yap bila Yasmin kata bookmark yang pertama yang saya bagi Yap tu, nampak gelap. Saya baru buat tadi
:-)

Saya tak suka attitude orang yang suka melemahkan semangat orang lain.

 Apa yang saya boleh simpulkan, untuk membuat kraf quilling kita mesti ada minat yang amat sangat, sabar tahap tertinggi, masa yang di curi-curi, idea dan buat dengan penuh kasih sayang :-)

Apa yang pasti, masih banyak yang perlu saya belajar.



p/s: Siap 1 entry. Tak tau macam mana nak format. Saya tak reti guna notebook yang tak ada mouse. Entah mana la adik saya letak mouse dia. Saya tak dapat buat link dan italic.

2 comments:

Lan Bingka said...

comel sungguh..;p

eL said...

Errr...siapa? Saya ke? Memang...LOL