Wednesday, November 10, 2010

Dugaan Memilih

Salah satu dugaan yang terlalu sukar untuk saya adalah ujian untuk memilih. Tak kira la pilih apa pun. Dalam usia yang macam ni ujian memilih semakin sukar. Bukan pilih jodoh. Bukan. Setakat ini saya belum pernah diuji dengan memilih "siapa" kerana yang datang kepada saya satu persatu. Bukan ramai-ramai. Hehehe...kalaulah ada, pening saya.

Memang benarlah orang cakap, kata-kata kita adalah doa. Walaupun bukan dalam keadaan tertib berdoa bersungguh-sungguh mengadap Allah, hanya dengan mengatakan ia sebagai ayat kenyataan pun Allah akan makbulkan doa kita. Kalau bukan sekarang, esok lusa. Esok lusa tu bukan bermakna memang esok atau lusa tapi akan datang. Tak tahulah bila. Hanya Allah yang tahu.

Saya pernah mengeluarkan kenyataan pada Ashraf bahawa syarikat yang paling saya hendak bekerja adalah syarikat ABCD tapi saya tak tahu bagaimana caranya untuk memohon kerja di situ sedangkan saya tahu tiada kekosongan di situ. Saya berfikiran syarikat macam ABCD tu kalau sesiapa dah masuk, orang memang susah nak berhenti. Kalau boleh orang nak sangat-sangat kerja di situ terutama orang macam saya.

Siapa yang sangka apa yang saya cakap pada Ashraf itu Allah makbulkan setelah 2 tahun saya katakan padanya. Saya tak pernah sangka mereka yang mencari saya. Mahukan saya bersungguh-sungguh. 2 hari berturut-turut mereka menghubungi saya tetapi nombor yang saya tak kenal saya tak angkat sehinggalah orang HRnya menghantar mesej kepada saya. Sehinggakan saya cakap pada mereka saya akan cuba dapatkan salah seorang kawan saya untuk memohon. Jawapan yang saya terima; "kalau kawan el tu bukan macam el, lebih baik tak payahlah". Sampai begitu sekali. Harus bagaimana saya nak bagitahu kawan saya tu? Adakah saya perlu bagitahu dia, "tolonglah bekerja seperti saya" kerana saya yang recommend dia? Itu adalah amat tidak adil dan mustahil.

Kenapa saya sendiri tak memohon? Banyak faktor. Ketika saya mengeluarkan kata-kata itu dulu, saya benar-benar memerlukannya. Sesungguhnya memang benar, setiap kejadian itu ada sebab musababnya. Hanya Allah yang tahu. Saya percaya yang terjadi sekarang pun ada hikmahnya.

Saya malu dengan Allah. Saya pernah meminta dulu. Sekarang Dia bagi, saya pulak hampir menolak. Sungguh saya mengalirkan airmata kerana terpaksa memilih. Baru saya tahu kenapa kita diturunkan dengan Istikharah.

Istikharah saya baru sekali. Saya perlu buat beberapa kali lagi. Buat masa ini, saya dah suruh junior saya, Zu memohon kerja itu kerana syarikat ABCD memerlukan pekerja dengan kadar segera. Kalau rezeki Zu, itu rezeki anak dia yang baru, alhamdulillah. Istikharah tetap istikharah.

2 comments:

nohas said...

Dah datang satu persatu, takkan takde satu yg terlekat..hehe..

eL said...

Nohas: Nak tergelak besar ni. Macam mana nak jawab eh. Yang datang tak bawak gam gajah, jadi tak lekat kuat LOL.