Friday, November 12, 2010

Jangan Bangga Sangat

Minggu lepas, sehari sebelum saya masuk kerja balik, Pak Teh saya ajak balik kampung. Rasa teruja terlebih pulak kali ini sebab dah beberapa minggu saya tak balik kampung. Dalam kepala saya mungkin dapat pergi pekan sehari dan beli barang dapur yang murah-murah kat sana sambil klik klik. Saya katakan "mungkin" sebab saya tak pasti Pak Teh saya nak ke pekan sehari atau tak. Semuanya terpulang pada dia. Sebagai anak saudara yang baik budi dan mithali, saya tak akan sekali-kali mengajak dia ke pekan sehari untuk kepentingan saya kerana saya tak mahu ganggu apa yang ada dalam kepalanya.

Sampai ke destinasi, satu gambar pun saya tak klik, satu barang dapur pun saya tak beli. Pertama, sebab saya malu nak klik klik depan orang ramai. Kedua, saya takut kalau saya beli barang-barang tu nanti saya lambat masak, rosak pulak. Macam brokoli yang saya beli jumaat minggu lepas. Hajat hati nak buat salad, dah masuk jumaat minggu ni pun brokoli tu tetap la duduk bersimpuh dalam peti ais tu. Balik kerja dah penat. Saya makan roti je.

Panjang betul mukadimah makcik.

Macam biasa, dalam perjalanan saya mesti bersembang dengan Pak Teh saya sebab saya tak nak dia mengantuk. Kalau kena dengan topiknya, saya la yang paling banyak mulut. Masa bersembang, campur bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kita ni kan (eh, "kita" ke? ke saya sorang je? hehehe), kalau bercakap dah biasa campur bahasa melayu dan bahasa inggeris sebab dah biasa kan. Konon-kononnya maju sangatlah tu. Dengan Pak Teh saya ni, saya tak concern sangat sama ada saya perlu terjemah dulu perkataan bahasa inggeris dalam kepala sebelum saya bercakap sebab dia faham.

Kalau dengan bapa-bapa saudara saya yang lain, saya jadi lambat bercakap sebab saya kena terjemah dulu dalam kepala sebelum saya keluarkan perkataan bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan bahasa inggeris yang saya nak cakap tu. Dulu saya tak perasan sangat. Tapi balik kampung baru-baru ni saya sangat kekok bila nak terangkan bila bapa-bapa saudara saya berbincang tentang ubat-ubatan yang dipromosi melalui internet. Masing-masing dah masuk usia emas. Maka penyakit dah mula nak jadi kawan baik mereka. Musuh penyakit tu pulak nak ditawarkan dengan ubat-ubat yang tak tahu asal usul. Sebagai anak saudara yang prihatin, mulut saya membebel la. Masa membebel ni la saya rasa terhenti-henti bila nak terangkan sesuatu benda. Nak ketawa pun ada.

Padan muka. Bangga lagi dengan bahasa asing(!)

2 comments:

Lan Bingka said...

klik je la..hehe

eL said...

Lan: Bukan tak nak klik..saya malu la ramai orang. Kang ada yang kata "pakai tak melambangkan kelakuan". Saya nak klik sorok-sorok pun saya tak berani. Ingat nak rekod sekali pakcik yang jual ubat kat situ, dia pernah kasi saya pantun tapi ramai pulak kerumun dia. Awal tahun hari tu saya rekod pantun dia dalam hp. Nanti kalau saya pandai upload, saya upload kat sini pantun tu.