Saturday, March 17, 2012

TA Mei 2011 - 13

Wahahaha....dah nak masuk setahun tapi cerita ni tak habis2 lagi. Naik bosan orang nak baca. Tak apa, ni untuk rekod saya je. Bila baca balik macam-macam rasa ada. Niat hati nak ke sana Julai ni tapi kecederaan dalaman ni menandakan Allah tak izinkan.

Umrah kedua ni kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel jam 6.45 pagi. Kat sana waktu matahari dah naik dengan panasnya. Bas yang bawa kami, macam biasa datang lambat menyebabkan kami tak boleh berlama-lama ziarah luar. Ziarah dalam bas je. Kami lalu je depan Jabal Nur sebab kesuntukan masa. Jemaah tak puas hati. Ada yang minta untuk daki Jabal Nur di hari lain. Dari jauh sayup-sayup jemaah mendaki dalam keadaan panas terik.

Bas berhenti di Jabal Rahmah. Ada yang ambil kesempatan naik sampai ke atas. Yang suami isteri mudahlah sebab berteman. Yang seorang ni bimbang menyusahkan ustaz pulak kalau tersalah jalan. Kami digalakkan banyak berdoa kat sini. Ada jugak yang ambil kesempatan menaiki unta yang dihias cantik. Kesian muka unta tu. Dah la berat bawa penumpang, sarat pulak dengan asesori yang tuan dia pakaikan. Saya takut nak naik.

Setelah semua yang puas berdoa di Jabal Rahmah, kami semua dibawa ke Ja'ranah, miqat untuk berihram bagi sesiapa yang nak menunaikan umrah untuk kali kedua. Tok Mama sakit lutut. Dia tak buat umrah. Bimbang terlambat, saya meluru masuk ke masjid untuk solat sunat ihram. Bukan apa, saya tak pandai nak berebut bila masjid dah penuh, menyebabkan saya terlambat nanti. Tu pasal saya masuk ke masjid cepat-cepat. Tu pun masjid dah penuh dan rezeki saya bila kawasan sebelah masjid yang kosong dibuka. Saya orang pertama yang masuk. Alhamdulillah Allah permudahkan banyak benda untuk saya kat sini.

Kami sampai semula ke Madjidil Haram lebih kurang jam 10 pagi waktu Saudi. Ustaz Basyar bawa kami tawaf umrah. Sesudah tawaf, kami diarahkan untuk bersolat sunat tawaf dan solat sunat dhuha 8 rakaat. Kami berhenti bersa'ei ketika azan zohor berkumandang. Lepas solat zohor berjemaah kami sambung sa'ei. Dah nak hujung sa'ei ni saya dah nak pancit jugak sebab tertinggal kira-kira 200 meter dari ustaz. Kak Zah dan Kak Long lagi pancit dari saya. Ustaz suruh berhenti minum zam-zam. Lepas minum saya bertenaga semula. Maklumlah, dah berhari-hari saya tak makan.

Dengan bertahalul, selesai sudah umrah kedua kami. Tak sabar nak balik hotel untuk mandi dan bersiap-siap untuk Asar pulak. Ada jugak yang pergi sambung tawaf kedai. Terer sungguh deme nih.

Aktiviti berlaku macam biasa setelah selesai umrah kedua. Keesokannya adalah hari free and easy untuk kami. Sesudah subuh, saya ke masjid sorang-sorang sebab Tok Mama sakit lutut dan Kak Zah "cuti". Tak tergambar betapa seronoknya saya tawaf sunat sorang-sorang, solat sunat di tempat-tempat yang ustaz kata mustajab berdoa. Lepas tu saya merayap di sekitar dalam masjid. Tak berani nak jalan jauh-jauh. Takut sesat tak jumpa pintu keluar. Bukan semua orang tahu pintu King Abdul Aziz, pintu keluar masuk yang paling dekat dengan hotel saya.

Saya masih ingat lagi, hari pertama saya di Makkah, saya ikut keluarga Tok Mama tawaf sunat. Sembilan orang kami semua. Macam biasa, semasa tawaf, Tok Mama mesti nak berganding dengan saya. Dah biasa katanya. Setelah selesai tawaf, kami semua ke tong zam-zam untuk minum. Tiba-tiba semua orang tak ada. Tinggal saya dan Tok Mama je kat tepi tong tu. Aihhh....mana diorang pergi? Saya tarik tangan Tok Mama keluar dari masjid untuk balik hotel. Lohhhh...mana pulak jalan keluar ni? Saya cari-cari tak jumpa. Tok Mama dah la sakit lutut. Saya tegur satu keluarga ni yang saya pasti orang Malaysia, saya tanya kalau-kalau diorang tau kat sebelah mana pintu King Abdul Aziz. Diorang pun tak tau(!) Saya ingat semua orang tau. Tak lama lepas tu kami nampak Tok Abah. Dia memang cari kami. Alhamdulillah. Dah la hari pertama. Mana la nak alert sangat signboard nak cari pintu keluar masuk. Ikut orang pulak tu. Lagi la tak fikir pasal semua tu.

Bila Tok Abah bawak kami keluar, saya perasan yang kami bukan di tempat yang kami lalu tadi masa mula-mula masuk tadi. Maka, jangan berlagak sangat ke sana ke mari dalam masjid kalau kita tak biasa atau tak alert tanda-tanda untuk memudahkan kita keluar masuk di pintu yang sama untuk balik ke hotel. Kalau kita memang jenis ingat jalan macam kita bawa kereta tak apa. Kalau saya memang tak boleh harap. Tak jumpa jalan sikit, mesti sesat sebab kawasan dalam masjid tu semuanya sama. Masjid pulak sangatlah besar. Tu pasal kalau saya nak jalan-jalan dalam masjid lepas kejadian tu, saya pastikan yang cari tanda-tanda untuk memudahkan saya cari pintu keluar. Tanda paling mudah ialah lampu hijau yang menghadap hajarulaswad. Dari lampu tu saya tau kat mana pintu King Abdul Aziz :-)

posted from Bloggeroid

2 comments:

nohas said...

Assalam, semoga cepat sembuh..

Memang seronok pergi umrah, tapi jika belum mengerjakan haji, lebih afdal menunaikan rukun Islam yang kelima itu..semoga dipermudahkan..amiin..

eL said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah,

Oh yes...doakan ye. Amin.