Monday, March 5, 2012

Sebut Betul-betul

Dah lama saya nak tulis tentang ni. Kebetulan minggu lepas salah seorang penalis Forum Perdana ada sebut juga. Minggu lepas tajuk Forum Perdana kita "Muflis Dunia Bangkrap Akhirat". Penalis ada sentuh tentang sebutan perkataan yang selalu kita zikirkan seperti lahaulawala. Saya nak sentuh tentang perkataan innalillah.

Kalau innalillah tu tak reti saya nak tulis macam mana disebut dengan pelik. Kalau lahaulawala tu, panelis tu kata ada yang sebut lawalawala.

Saya perhatikan di dalam drama kat tv, penyebutnya orang melayu islam tapi tak boleh sebut dengan betul terutama sekali innalillah, dengan penuh. Bukan saya nak kata, 'baik tak payah sebut kalau tak tau'. Tapi kena belajar cara sebut yang betul. Kalau kena sebut perkataan tu dalam skrip drama, tolonglah sebut betul-betul. Tolonglah perhatikan ejaannya betul-betul.

Bukan setakat pelakon muda, pelakon veteran pun sama. Dan saya rasa ini bukan berlaku di kalangan mereka je, di kalangan bukan pelakon pun ada. Kita nak sebut perkataan tu nak menunjukkan kita menggunakan di tempat yang betul ke? Tapi kita sebut salah. Macam mana nak dapat pahala. Ia bukan perkataan yang kita reka macam "apa celop", "apa cer", yang kita boleh sebut ikut gaya kita. Ia perkataan dari Allah yang sangat bermakna dan berpahala.

Yang menyakitkan ialah telinga yang mendengar ni, rasa nak suruh ulang je sampai 88 juta kali.

posted from Bloggeroid

No comments: