Tuesday, March 13, 2012

Orang Kita

Kita ni pelik kan? Kita marah orang panggil anak kita gangster, nakal, jahat dan pelbagai gelaran lagi tapi kita tak sedar yang kita sendiri gelar anak kita macam tu.

Kita bangga tulis perkembangan anak kita di alam maya. Kita tak sedar yang kita tulis tu satu doa. Tujuan kita nak bergurau je dengan tajuk "si nakal yang comel", "cute gangster" dan sebagainya. Tapi bila orang kata anak kita gangster atau nakal, sentap tak tentu pasal. Padahal kita yang doa macam tu dalam tulisan kita.

Janganlah kita nak nafikan "eh, saya emaknya/ayahnya, tak apa lah saya cakap macam tu, orang lain tak boleh cakap".

Wohhh...patutnya kita sebagai emak ayah lah kita tak patut cakap macam tu terlebih dulu. Kita lupa. Kita tak perasan.

Jangan salahkan orang lain kalau kita yang mulakan dulu.

posted from Bloggeroid

No comments: