Sunday, April 15, 2012

Kita Yang Buat

Ada orang cakap pakai jubah tu seksi.

Tang mana yang seksi ya?

Kalau kita pakai jubah yang longgar, lepas tu pakai baju kurung atau yang sesuai untuk alas kat dalam dan elakkan corak kain jubah di bahagian yang tak sesuai di badan kita, seksi ke?

Yang jadi seksi bila pakai 2 piece je kat dalam. Angin tiup, semua bentuk nampak. Kalau alas dengan baju kurung atau yang sesuai, satu bentuk pun tak nampak. Panas? Api neraka lagi panas, confirm(!).

Yang jadi seksi bila pakai yang ikut badan. Kain yang melekat kat badan pulak tu. Apa nama jenis kain tu? Lycra? Itu bukan jubah ye sayang. Itu gaun. Kenapa beli yang sempit muat-muat badan kalau ada jual yang longgar? Kalau pakai yang jenis tu semua orang akan kata seksi. Tak payah angin tiup. Semua bentuk terserlah. Bukan setakat lelaki, perempuan pun pandang.

Yang jadi seksi bila corak kain jubah tu terletak pada bahagian badan yang tak sesuai walaupun jubah tu longgar. Masa beli tak perasan ke? Masa beli tak cuba dulu depan cermin ke?

Kalau nak pakai jubah, sebelum keluar, berdiri depan cermin yang boleh nampak keseluruhan badan kita. Tengok depan belakang. Ada tak menampakkan bahagian yang tak sepatutnya. Ada tak corak atau bunga kain terletak di bahagian yang tak sesuai.

Walaupun kita pakai jubah longgar, tapi kalau pakai selapis, boleh nampak semua garisan. Lebih-lebih lagi kain polos. Malukan?

Jubah tu tak seksi. Yang menjadikan cara pemakaiannya seksi adalah kita.
posted from Bloggeroid

No comments: