Monday, November 14, 2011

Salahkan Dia Tu.....

Ohhhhhh tidakkkkkkkkk.....nak surrender rasanya tulis kat sini tapi hati meronta-ronta nak menulis. Dah memang minatnya menulis, selama mana ditinggalkan pun mesti rasa nak menulis tu ada.

Salahkan kerja saya ni. Kerana dialah saya abaikan wadah ini. Kerana dialah saya sakit sampai berminggu-minggu. Kerana dialah dah sebulan lebih saya tak keluar lunch. Kerana dialah saya rasa saya dah tak ada kawan-kawan. Kerana dialah saya seolah-olah berasa di dalam dunia saya sendiri. Kerana dialah saya pecah rekod balik rumah jam 6 pagi.

Semuanya kerana kerja. Yang hairannya kenapa semakin tua semakin kuat saya kena kerja? Bukan ke semakin tua, kerja dah semakin senang? Main arah je kat anak buah. Bulan-bulan dapat gaji juta-juta.......

........rupiah

Siapa cakap el? Semakin tua la jawatan CEO tu baru layak untuk kita. Kerja CEO tu mudah ke? Senang ke? Semakin senior la jawatan Perdana Menteri tu layak untuk kita dengan pengalaman kerja yang di bawa bersama. Hmmmm...masuk akal kan.

Errr...saya bukan jadi CEO pun tapi kenapa saya kena balik pukul 6 pagi???? Arrrggghhhhhhh.....

Saya percaya ini semua ada sebab dan hikmahnya. Saya redha. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk saya, insyaAllah. Amin.

p/s: nampaknya sampai raya haji tahun depanlah posting "TA Mei 2011" saya akan tamat LOL.

2 comments:

nohas said...

Assalamualaikum,

Bersyukur kerana masih ada kerja, satu ibadah..

saya pun pernah balik kul 6.00 pagi, rasa mcm biol je, kul 9 pagi dah tercegat kat office sbb ada presentation kul 2.00 ptg..rasa mcm nak resign je..

eL said...

Wa'alaikumussalam.

Uwaa...nak menangis je baca bersyukur sebab masih ada kerja :)

Kalaulah orang tahu apa saya buat sampai kena stay back, mesti orang tepuk dahi. Tak berbaloi langsung walaupun kepuasan menyiapkan kerja tu ada. Rasanya orang tak akan letaklah kerja tu dalam perfomance appraisal. Rasa macam tak ikhlas je. Nasib baiklah saya tak pernah claim apa-apa kalau kerja lebih masa. Rasa tak berkat je bila tak ikhlas.

Sebenarnya masa tu je kita rasa nak resign. Lepas tu, sedar tak sedar dah 10 tahun kerja tempat yang sama.