Wednesday, May 11, 2011

Padan Muka

Si Imah ajak saya pergi cari anak tudung hari Isnin baru ni. Saya pulak nak beli stokin. Yang tebal sikit. Saya ternampak satu kedai depan Ampang Puteri. Kat signboardnya tertulis "kedai barangan haji dan umrah". Saya sangkakan kedai macam tu mesti ada jual stokin yang tebal. Tapi mengecewakan sebab stokin yang macam saya nak, tak ada. Warna yang saya nak pun tak ada. Tapi saya beli juga sepasang. Warna coklat. Sampai rumah, cuba. Nipis juga bila dah kena kat kaki. Rugi RM10. Nasib baik tak beli lebih.

Bukan nak cerita pasal tu.

Dah nak maghrib. Saya cadang kat Imah, singgah solat kat rumah saya. Lepas tu boleh makan malam terus kat kedai berdekatan rumah saya sebelum dia balik. Usai solat segala, macam biasa bila nak keluar rumah, saya mesti kena kunci pintu dari dalam.

Tiba-tiba.

Saya: Imah!!! Akak tertinggal kunci kat dalam.
Imah: Haaa? Macam mana boleh tertinggal? Akak letak kunci kat mana?
Saya: Akak letak kunci kat dalam kotak kunci tepi dinding. Sekali dengan padlock. Ya Allah...macam mana ni? Esok nak kerja. Ada board meeting pulak tu. Takkan nak MC.

Nak menangis rasanya.

Saya: Ok, tak apa. Rileks. Kita pergi makan dulu.

Ni betul-betul saya sedapkan hati sendiri. Nak buat macam mana lagi kan? Kena bertenang dalam apa jugak dugaan Allah. Takkan saya nak kopakkan pintu tu. Tu bukan rumah saya. Kalau nak kopak pun, biar tuan rumah yang kopakkan.

Dalam perjalanan ke kedai makan, saya call Mr Tan, tuan rumah saya.

Dia tak angkat. Ah...sudah. Dia outstation pulak ke? Aduhhhh....

Dah beberapa kali saya call, akhirnya dia angkat. Dia cakap, dia check dulu sama ada dia simpan ke tidak kunci pendua.

Masa ni dah sampai kedai makan. Makan pun main telan je. Entah rasa apa. Punyalah risau. Dah la malam. Dekat pukul 9. Kalau siang tak apa.

Tak lama lepas tu, Mr Tan call. Lambat pulak dia call. Nampak sangat dia tak simpan kunci pendua. Dia datang kat kawasan kedai makan tu dan bawak saya cari tukang kunci. Dia kata, cari dulu tukang kunci. Last resort, baru kopakkan.

Dari Melawati, sampai ke Setapak, sampailah ke Danau Kota. Baru jumpa tukang kunci kat Uptown Danau Kota. Tukang kunci 24 jam yang berniaga guna van.

Saya tanya Mr Tan, kenapa dari tadi kita tak terus ke Danau Kota? Dalam kepala dia fikir beberapa tempat. Kira dia try luck la untuk ke setiap tempat tu dalam waktu orang semua dah mula tutup kedai. Dekat pukul 10 malam dah masa tu.

Masa dalam kereta dengan Mr Tan, baru saya tahu kat mana Mr Tan tinggal hehehe. Saya tanya dia kenapa dia tak ada kunci pendua. Dia cakap dulu rumah tu pernah kena umpil. Aishah and the geng tukar tombol, tapi tak bagi kat dia kunci pendua. Bijak(!)

Tak terkata leganya saya jumpa tukang kunci. Belum lega sepenuhnya selagi saya belum dapat masuk rumah. Tukang kunci tu lelaki cina muda. Masa dia tengah buat kerja tu, saya tanya jugak dia mana dia belajar bukak kunci sebab saya nak belajar LOL. Dia kata perniagaan keluarga. Maknanya apa? Tak boleh ajar saya ke LOL. Masa saya tengok dia bukak tu, saya terfikir, macam ni la agaknya pencuri bukak rumah orang hehehe.

Tak sampai 5 minit, bunyi tombol berdetak. Punyalah melompat saya macam budak kecik dapat aiskrim. Melayang RM60.

Masuk je rumah, saya bukak kotak kunci.

"Mr Tan, you take these duplicate keys".




p/s: Patutlah 2,3 hari sebelum kejadian ni, saya berfikir-fikir kat mana agaknya saya nak letak kunci pendua rumah tu. Fikir punya fikir, terus lupa.

p/s2: Baru saya tahu jugak yang Mr Tan tak tahu berbahasa cina(!)

p/s3: Saya belum pernah tertinggal kunci kat dalam rumah. Imah rasa bersalah sebab masa dia datanglah kejadian ni berlaku. Biar dia rasa bersalah hehehehe. Salah saya, saya yang tak fokus. Entah apa saya fikir.

2 comments:

Kay said...

salam...

skrg nih mmg susah nak cari stokin yg btul2 tebal... kat mydin pun susah nak dpt..

eL said...

Kehelan: Wa'alaikumussalam. Memang susah betul nak cari stokin yang tak nampak bayang-bayang jari kaki.