Thursday, March 17, 2011

Selipar

Masa saya berjalan kaki dari stesen lrt KLCC ke pejabat, saya melalui kawasan Convention Centre. Tengah melintas jalan ke arah sebelah sana, ada seorang lelaki hendak melintas jalan ke arah bertentangan saya. Memandangkan kereta semakin mendekat, dia cuba untuk berlari. Semasa berlari, seliparnya terputus. Kesian dia. Dia bukan orang Malaysia melalui raut wajahnya dan mungkin menuju ke kawasan pembinaan di sekitar Convention Centre.

Saya teringat semasa kecik-kecik dulu. Adik-adik sangat lasak menggunakan selipar. Baru je beli dah putus. Kadang-kadang baru pakai 2 hari dah putus. Tak dinafikan selipar yang dibeli pun yang murah. Bila dengar selipar adik-adik putus, nak marah rasanya. Nak marah bukan sebab apa. Sebab zaman tu bukan selalu ada bajet nak beli selipar walaupun yang murah. Bila beli selipar baru selalu pesan kat mereka, pakai elok-elok. Tapi macam mana la diorang nak pakai elok sedangkan diorang bermain bukan main lasak. Tak ada mainan yang tak berlari. Berlari mesti guna selipar. Kalau berkaki ayam, takut terpijak paku atau benda tajam yang lain. Kenalah belikan jugak. Kadang-kadang diorang terpaksa jadi McGyver nak sambungkan selipar yang putus tu balik. Sambung dengan dawailah, ikat dengan talilah. Asal boleh pakai selama mana yang boleh. Memang tak tahan lama. Sekejap je dah putus balik.

Sekarang? Nak selipar berapa banyak? 10? Yang murah ke mahal?

Wah....berlagak. Itulah dia. Tak sedar diri.


No comments: