Thursday, May 31, 2012

TA Mei 2011 - 14

Hari ni saya ke masjid sorang-sorang lagi. Saya ambil kesempatan untuk beli makanan burung merpati yang dijual di tepi jalan menghala ke masjid. Sebungkus kecil dalam 5 riyal. Apa eh makanan dia? Gandum eh? Tak tau lah. Rupa gandum pun saya tak kenal. Beras tau lah lol. Saya dah janji dengan burung-burung tu nak bagi dia makan. Sampai kat tempat burung tu, berdebar pun ada sebab Kak Zah cakap bukan semua makanan yang orang bagi burung tu akan makan. Uihhh...betul ke tak, tak tau lah. Rasa debar tu tetap ada di campur dengan rasa segan sebab dah la ke situ sorang-sorang. Orang ramai tengok la pulak.

Tabur time. Meluru burung-burung datang ke arah saya. Saya nak lari pun ada. Mana la tau kot-kot diorang nak patuk saya ramai-ramai lol. Haru jugak kang. Senyum saya bila saya tengok burung-burung tu makan. Saya dah tunaikan janji :-) alhamdulillah.

Petang hari free and easy tu kami semua dikehendaki berkumpul di dewan makan selepas asar untuk tazkirah. Lepas tazkirah, ada jemaah minta untuk ziarah dan mendaki Jabal Nur pada keesokan malam. Lepas sorang sorang kata nak pergi jugak termasuk saya. Mutawwif kami aturkan pengangkutan.

Sampai malam yang dijanjikan, kami bertolak ke Jabal Nur dengan sebuah bas dan sebuah van. Kami 9 orang ni naik van. Satu van je dah penuh. Dalam perjalanan macam biasa mutawwif isi masa dengan menerangkan sejarah Jabal Nur. Saya belum boleh membayangkan sekitar tempat tu.

Sesampai di sana mula-mula saya tak rasa apa-apa. Baru sampai kat kaki bukit, saya dah garu kepala dah. Curamnya. Macam mana makcik nak daki dengan berjubah bersandal ni. Langsung tak pakai proper gear. Mana la makcik tau securam tu. Ingat macam Jabal Rahmbah je. Mutawwif naik laju je. Jeles sungguh. Mana la diorang ni dapat tenaga.

Masih kat kaki bukit, saya dah mula berkira-kira tak nak naik. Memang tak larat rasanya. Saya ni kalau belum cuba memang pesimis habis. Tu perangai. Saya duduk kat atas batu tepi kaki bukit tu. Saya tengok lepas sorang-sorang naik. Tak boleh jadi ni. Takkan saya nak tinggal sorang-sorang kat situ. Dah la tak kenal sesiapa, tempat orang, malam gelap pulak. Saya pun daki perlahan-lahan. Penatnya la. Tak sampai suku saya ingat nak tukar fikiran, saya nak turun. Saya fikir kalau saya dah naik sampai tengah-tengah kang, nak turun atau naik sama je jauhnya. Saya duduk atas batu kat tepi bukit tu sambil kepala ligat berfikir, hati ligat berdoa supaya Allah bagi saya kekuatan fizikal dan mental. Kalau orang lain boleh, saya pun boleh. Kalau Khadijah bole daki batu-batu yang curam tu, takkanlah saya tak boleh daki tangga yang dah dibina cantik. Banyak kali saya fikir dan doa macam tu setiap kali saya berhenti rehat di atas batu kat tepi-tepi tu. Banyak kali saya berhenti. Setiap kali berhenti, setiap kali tu la rasa nak turun balik. Setiap kali tu jugaklah berdoa supaya Allah bagi kekuatan jasmani dan rohani.

Semua yang turun naik saya dah tak kenal. Maknanya kumpulan saya dah jauh ke depan. Entah-entah ada yang dah sampai. Tak mungkin mereka semua jauh di belakang saya. Mustahil mustahil LOL. Tiba-tiba saya nampak Kak Long dan Kak Zah. Hah....muka yang saya kenal. Diorang dah nak turun(!) Saya sampai atas pun tak lagi. Diorang macam terperanjat nampak saya. Diorang ingat saya tak naik. Duduk tunggu kat kaki bukit. Diorang bagi semangat kat saya. "Sikit lagi, sikit lagi". Yang lain pun cakap macam tu. Diorang kata, masa diorang kat tempat saya tu, orang yang turun pun bagi semangat macam tu hehehe. Sebenarnya jauh lagi. Bila nampak diorang semua dah mula nak turun, hati saya terus kata, "tak boleh jadi ni. kang diorang semua turun, aku nak turun dengan siapa? kang tak sempat nak menyelami perjuangan Rasulullah".

Akhirnya, orang pertama yang saya nampak bila saya sampai di puncak ialah Faiz(!). Dia nampak saya, dia siap melonjak sambil cakap, "Aunty Is, Aunty sampai jugak. Ibu pun tak sampai. Ambik gambar ambik gambar. Ibu suruh ambik gambar"....hahahaha. Kau kalau ibu kau dengar Faiz. Kau ambik la banyak mana gambar kau nak. Aunty Is dah tak larat dah ni. Tapi sempat jugak tengok gambar yang Faiz ambik tu. MasyaAllah, memang tak sanggup tengok muka sendiri. Merah padam muka. Dengan berpeluh sepenuh tudung. Maklumlah, naik dengan jubah. Memang sampai sekarang saya malu nak tengok gambar tu.

Ustaz Basyar nampak saya dah sampai, dia cakap kalau saya nak solat, boleh solat kat situ. Dia pinjamkan saya sejadah dia.
posted from Bloggeroid

No comments: