Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku STRESS

Hahaha.

Sejak akhir-akhir ni saya jarang tengok drama melayu. Satu-satunya program yang saya ikut adalah Rajalawak. Boleh juga gelak sendiri hilangkan stress di pejabat. Yang lain saya nak ikut pun saya tak larat. Balik kerja dah penat.

Saya tertengok promo cerekarama Jujur Aku Dayus selepas tengok Buletin Utama. Macam best sebab ada Beto Kusyairy heeee...

Tengok promonya macam dah tau apa kesudahan ceritanya tapi Beto punya pasal nak tengok jugak. Selalunya drama melayu kita dah boleh tau apa kesudahannya sebelum habis. Tapi drama ni semakin nak habis, semakin STRESS saya tengok.

Siap cakap dengan diri sendiri: "weh...si Beto ni, cakap je la yang isteri kau tu curang(!)". Hahaha sebab saya tengok promo ada part curang-curang ni disiarkan.

Bila si Beto dah cakap yang dia nampak isteri dia curang, makin stress saya bila sebenarnya dua-dua adalah mangsa keadaan. Tapi sebelum isteri dia mengaku yang dia tak patut keluar dengan lelaki lain, saya dah cakap sorang-sorang dah, "yang kau keluar dengan lelaki lain kenapa? salah kau lah". Nasib baik penulis skrip ada buat dialog yang isteri dia mengaku yang dia tak patut buat macam tu.

Over kan. Tengok drama melayu pun nak stress. Nangis tak usah cakaplah. Cerita ni best. Lagi best dari Ombak Rindu.

Lain kali tak nak tengok lagilah. Hahaha tak pasal-pasal naik tekanan darah.

Entah apa-apa. Tengok drama pun nak stress.

posted from Bloggeroid

2 comments:

nohas said...

Ya, kdg2 tengok TV pun stress jg, lebih2 lg sinetron..cerita yg Islamik mcm Ketika Cinta Bertasbih..pun stress..

wanita mcm lemah shj, lari2 sikit..jatuh..

eL said...

Hehehe...Ketika Cinta Bertasbih tu dia buat bersiri la menyebabkan saya tak follow. Saya memang tak pernah follow sinetron atau drama bersiri. Dengar je kawan2 bercerita sambil nganga.